Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200609 WA0041IMG 20200609 WA0050IMG 20200609 WA0051IMG 20200609 WA0054IMG 20200609 WA0056IMG 20200609 WA0057IMG 20200609 WA0037IMG 20200609 WA0040IMG 20200609 WA0052

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Air Warfare Centre (AWC) TUDM, Pangkalan Udara Subang.

Panglima Tentera Udara (PTU) serta delegasi telah diberikan taklimat berhubung AWC TUDM oleh Komander AWC, Brig Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM, serta taklimat status semasa pembangunan fasiliti di bangunan baharu AWC oleh Ketua Bahagian Doktrin AWC, Lt Kol Rozman Shah bin Abd Rahman TUDM dan AKS A6, Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM. PTU turut meninjau status semasa perolehan peralatan “Communication Information System” (CIS) yang sedang dibangunkan dan perancangan penggantian sistem simulasi olah perang sejak AWC TUDM beroperasi di bangunan baharu ini bermula pada 3 Jan 2020.

Turut mengiringi lawatan kerja hari ini ialah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan AKS Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.