Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

SUBANG, 12 Jun 20 – TUDM hari ini melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan melaksanakan penerbangan ihsan dengan pesawat pengangkut A400M. Penerbangan ihsan ini telah membawa pesakit warga emas berusia 71 tahun yang menghidap penyakit jantung.

Pesakit, Wan Ujang @ Wan Ali bin Tuanku Sait telah diterbangkan dengan menaikki pesawat A400M dari No 22 Skuadron. Pesawat A400M yang diterbangkan oleh Mej Khairul Ikhmal bin Ishak TUDM selaku juruterbang dan Kapt Mohammad Ridhwan bin Yahaya TUDM selaku pembantu juruterbang bersama 3 orang anak kapal telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Kuching pada jam 7.32 pagi. Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit ini telah selamat mendarat pada jam 9.00 pagi. Pesakit yang sebelum ini telah mendapat rawatan di IJN Kuala Lumpur dan kini akan mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Jantung Sarawak bagi memudahkan penjagaan oleh keluarga pesakit.

5678

Tanggungjawab sosial dilaksanakan oleh TUDM khusus bagi mereka yang benar-benar memerlukan. Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terjaga. Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja TUDM termasuk dari Cabang Pergerakan Udara, PU Subang serta anak kapal No. 22 Skuadron. Tidak terkecuali juga kepada doktor dan petugas perubatan dari IJN dan KKM.