Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1593088133943FB IMG 1593088100159FB IMG 1593088147935FB IMG 1593088155663FB IMG 1593088091658FB IMG 1593088086493

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Sumbangan Ampun Kurnia Kepada Veteran ATM.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM mewakili Panglima Tentera Udara.

Pada majlis ini, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM dan Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkenan mengurniakan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejumlah RM1.8 juta kepada 6,000 orang veteran ATM dalam kalangan B40.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan ampun kurnia berupa wang tunai dan hamper barangan makanan asas kepada 10 orang veteran ATM sebagai simbolik perkenan Seri Paduka Baginda berangkat menyantuni golongan veteran ATM yang telah banyak mencurahkan bakti kepada negara.

Aktiviti ini adalah Program Bantu-Bantu Malaysia melalui kerjasama erat bersama MAIWP dan beberapa jabatan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi program JAWI Food Bank, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pertahanan serta sokongan padu pihak Istana Negara.

Hadir sama, Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Perkhidmatan dan Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee.