Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU) , Datin Sri Dato’ Norainy binti Shahar Alam telah melaksanakan lawatan kerja beliau ke Rumah BAKAT PU Labuan semalam. Lawatan ini merupakan lawatan ulung beliau semenjak memegang jawatan sebagai Pengerusi JBTU awal Januari tahun ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Udara PU Labuan, Puan Nor Asmah binti Hj Hashim serta ahli-ahli BAKAT pangkalan tersebut. Program lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti persatuan BAKAT Labuan yang telah dijalankan serta perancangan aktiviti pada masa akan datang yang mana telah disampaikan oleh Pengerusi BAKAT Udara PU Labuan sendiri.

6789

Sebaik selesai sesi taklimat, Pengerusi JBTU telah dibawa melihat hasil karya kraftangan yang mana telah dihasilkan sendiri oleh ahli BAKAT Udara PU Labuan. Hasil karya ini kemudiannya akan dijual bagi mencari dana tambahan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan melibatkan BAKAT PU Labuan.

Mengakhiri lawatan, Pengerusi JBTU seterusnya melaksanakan pemeriksaan fail laporan ketua-ketua biro agar setiap aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sentiasa berjalan lancar dan mencapai objektif utama penubuhan BAKAT.

Lawatan kerja ini turut disertai oleh Penaung BAKAT Markas Wilayah Udara 2, Datin Rashidah binti Musa, Ketua Biro Sosial & Kebudayaan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Rozlina binti Mohd Hashim serta Penolong Penaung BAKAT Markas Wilayah Udara 2, Puan Melati binti Omar.