Kemaskini Terakhir: Sabtu,11 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2020 – Seramai lima (5) Pegawai Kanan TUDM telah dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.

Pegawai Kanan TUDM yang dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:

a. Brig Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan di Bahagian Perancang Pertahanan Markas ATM.

b. Kol Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Tadbir di MTU.

c. Lt Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di Pangkalan Udara Kuantan.

d. Lt Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Komander Air Warfare Center.

e. Lt Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Komandan Akademi Tentera Udara.

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Kanan TUDM yang dinaikkan pangkat dan terus menabur khidmat cemerlang demi agama, bangsa dan negara.