Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200630 WA0004IMG 20200630 WA0005IMG 20200630 WA0006IMG 20200630 WA0007

KUANTAN, 30 Jun 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan melaksanakan penerbangan ihsan dari Pulau Tioman ke Pangkalan Udara Kuantan bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera dari doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Pesakit, Kek Soo Oon, berusia 19 tahun yang mengalami pendarahan dalam otak ( Traumatic brain injury to rule out intracranial bleed) telah diterbangkan menggunakan pesawat helikopter EC 725AP dari No 10 Skn yang berpangkalan di PU Gong Kedak sebagai Detasmen SAR.

Pesawat yang dikendalikan oleh Mej Rakeshwaran a/l Murty TUDM dan dibantu oleh Kapt Muhammad Amir Syazwan bin Muhammad Tarminzi TUDM selaku pembantu juruterbang telah terbang dari PU Gong Kedak jam 8.23 pagi dan tiba di Pulau Tioman jam 10.25 pagi. Sebaik selesai mengambil pesakit, pesawat terus terbang ke Pangkalan Udara Kuantan dan selamat tiba pada jam 11.01 pagi. Turut sama terlibat dalam penerbangan ini adalah seorang kuartermaster udara dan empat orang anggota PASKAU.

Tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh TUDM ini khusus bagi mereka yang benar-benar memerlukan. Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terjaga. Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan misi penerbangan ihsan ini.