Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9821DSC 9839DSC 9851DSC 9854DSC 9877

GONG KEDAK, 30 Jun 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan (bodevac) bagi membawa pulang jenazah anggota Op Pasir Persisiran Pantai Sektor Quebec, Sierra dan Tango Allahyarham Kpl Mohd Sazali bin Ab Rahman dari pasukan 21 RAMD yang meninggal dunia pada 27 Jun 2020 akibat serangan jantung.

Pesawat yang dikendalikan oleh Mej Lo Chee Sing TUDM dan dibantu Mej Tengku Syed Muhammad Amin bin Tengku Syed Abdul Rahman TUDM telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 2.18 petang menggunakan pesawat A400M dari No 22 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang dan tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak pada jam 5.10 petang.

Jenazah telah dibawa ke rumah mertua atas permintaan waris di kampung Padang Bemban Mahligai Melor, Kelantan untuk penghormatan terakhir dan seterusnya di bawa ke Tanah Perkuburan Kampung Gajah Mati Melor Kota Bharu Kelantan untuk dikebumikan.

TUDM merakamkan ucapan takziah kepada waris di atas pemergian insan tersayang. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama hambaNya yang beriman.