Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menghadiri Sesi Pembentangan Pelan Strategik Mindef (PSM) 2021-2025 bertempat di Wisma Perwira ATM pada 20 hingga 21 Julai 2020.

Sesi Pembentangan ini turut dihadiri bersama oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz selain para Pegawai Kanan TUDM, ATM dan awam Kementerian Pertahanan.

Melalui Pelan Strategik Mindef (PSM) 2021-2025, beberapa pendekatan dan strategi bagi memantapkan keupayaan Pertahanan dari aspek kesiagaan, keselamatan, kebajikan Angkatan Tentera Malaysia telah dibentangkan dengan memberi tumpuan kepada bidang tugas utama Kementerian Pertahanan.