Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2020 – Dua pegawai kanan TUDM iaitu Lt Kol Khairul Anuar bin Abdul Razak TUDM dan Lt Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM hari ini telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM. Majlis yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Kol Khairul Anuar bin Abdul Razak TUDM akan memegang jawatan sebagai Pengarah Directorate Training And Aviation Quality Regulation di MTU manakala Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM memegang jawatan sebagai Pengarah Perundangan di MTU.

Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan pemakaian pangkat ini dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan terus memberi perkhidmatan terbaik khususnya di dalam perkhidmatan TUDM dan ATM amnya.