Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20200727 WA0032IMG 20200727 WA0033IMG 20200727 WA0035IMG 20200727 WA0036IMG 20200727 WA0037IMG 20200727 WA0038

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2020 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pembukaan Mesyuarat Lembaga Gabenor (BOG) Pendidikan dan Latihan TUDM Siri 24/2020 hari ini.

Mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan status pelaksanaan kursus serta bengkel mengikut Prospektus TUDM tahun 2020. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan bermula 18 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19, telah menjejaskan perancangan serta pelaksanaan semua aktiviti latihan TUDM di dalam dan juga di luar negara malah terdapat kursus yang telah tertangguh.

Timbalan Panglima Tentera Udara di dalam ucapan pembukaan mesyuarat, berkehendakkan semua markas formasi dan bahagian untuk menyelaras dan memperincikan kembali keperluan pelaksanaan kursus dan latihan yang tertangguh. Beliau turut mengingatkan Panglima Markas Formasi, Asisten Ketua Staf dan Pengarah-pengarah Bahagian agar memastikan setiap warga TUDM terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam melaksanakan kursus dan bengkel pada fasa norma baharu pasca COVID-19.

Turut hadir di mesyuarat ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM, Ahli Lembaga Gabenor serta wakil dari Markas Tentera Udara, Markas Pemerintahan Operasi Udara dan Markas Pendidikan dan Latihan Udara.