Kemaskini Terakhir: Jumaat,14 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200728 WA0017IMG 20200728 WA0022IMG 20200728 WA0026IMG 20200728 WA0009IMG 20200728 WA0012IMG 20200728 WA0013IMG 20200728 WA0014IMG 20200728 WA0016IMG 20200728 WA0021

SUBANG, 28 Julai 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM secara rasminya membuka tirai Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara Siri 1/2020 yang berlangsung di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang hari ini.

Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara kali ini merupakan acara persidangan yang pertama kali buat Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM sejak mengambil alih jawatan tersebut pada 13 Januari 2020.

Panglima Operasi Udara dalam ucapan pembukaan beliau, turut menyatakan kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh TUDM pada masa kini susulan perubahan lanskap politik, cabaran geo strategik dan pandemik COVID-19 yang turut memberi kesan secara langsung kepada TUDM untuk kekal beroperasi dengan optimum dan terus relevan kepada negara.

Tambah beliau, kini ATM umumnya dan TUDM khasnya lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat memandangkan keterlibatan TUDM secara aktif di dalam pelbagai misi, di antaranya misi penghantaran bantuan makanan, perubatan, PPE serta di dalam penguatkuasaan undang-undang sepanjang tempoh PKP, PKPB dan kini PKPP. Sehingga kini, TUDM tetap memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan OP BENTENG yang telah dilaksanakan demi menjaga sempadan negara dari dibolosi oleh pendatang asing tanpa izin di samping mengekalkan TUDM untuk sentiasa siap siaga (high readiness) di dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Beliau berharap agar pelaksanaan mesyuarat pemerintahan ini akan menjadi forum yang terbaik untuk berinteraksi bersama-sama dalam permuafakatan dan persefahaman di setiap peringkat bagi merangka pelan-pelan tindakan, menilai dan meletakkan hala tuju dan keazaman yang baharu, sekaligus menjana idea baru dan menetapkan hala tuju MPOU dalam mendepani cabaran domestik dan globalisasi.

Secara tradisinya pada mesyuarat pemerintahan ini, Panglima Operasi Udara akan memanfaatkan interaksi secara langsung di antara semua lapisan pemerintahan secara berkesan bagi menghasilkan keputusan positif seterusnya memastikan segala pelaksanaan tugas dan operasi dibuat dengan cemerlang.

Hadir sama di mesyuarat ini adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM; Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Shamsuddin bin Kassim TUDM; Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM; Ketua Staf MPBU, Brig Jeneral Ir. Mohammad Razif bin A. Samad TUDM serta Komander-Komander, Pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai kanan di bawah naungan MPOU.