Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200805 WA0020IMG 20200805 WA0011IMG 20200805 WA0018IMG 20200805 WA0022IMG 20200805 WA0021IMG 20200805 WA0030IMG 20200805 WA0023IMG 20200805 WA0027IMG 20200805 WA0035IMG 20200805 WA0009IMG 20200805 WA0036IMG 20200805 WA0028IMG 20200805 WA0041IMG 20200805 WA0046IMG 20200805 WA0010IMG 20200805 134808IMG 20200805 134838IMG 20200805 WA0019

IPOH, 5 Ogos 2020 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah mengadakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 62/20 yang diadakan di Padang Kawad, Akademi Tentera Udara, Ipoh. Istiadat perbarisan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM. Perbarisan yang dilaksanakan secara statik hari ini terdiri daripada 315 PjM U serta diiringi gabungan Pancaragam Akademi Tentera Udara dan Kolej Tentera Udara diketuai oleh Lt Muhamad Haniff bin Che Razak TUDM.

PjM U pada siri kali ini telah memulakan latihan pada tanggal 1 Jan 20 sehingga 21 Ogos 20. Berikutan penularan Pandemik COVID-19 yang melanda negara, 315 orang pelatih lelaki telah berjaya menamatkan latihan asas PjM U selama 32 minggu berbanding 24 minggu bagi siri-siri yang lepas.

Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19, latihan yang dilaksanakan adalah mengikut SOP yang ditetapkan. Setiap pelatih telah dibahagikan kepada 3 flait dan menjalani latihan dalam tiga (3) fasa iaitu fasa satu iaitu latihan asas ketenteraan, fasa kedua iaitu pelajaran serta akademik dan fasa ketiga iaitu latihan, ujian praktikal serta pembentukan sahsiah setiap pelatih.

Pada Istiadat Perbarisan PjM Udara kali ini, PjM U Amirul Faris bin Ahmad Kamal telah dipilih sebagai penerima Anugerah PjM U Terbaik Keseluruhan. Ianya berdasarkan penilaian keseluruhan di dalam fasa-fasa yang ditempuhi oleh setiap pelatih. Bagi Anugerah PjM U Akademik Terbaik pula telah disandang oleh PjM U Muhammad Hafizuddin bin Abdul Halim manakala Anugerah Penembak Terbaik telah disandang oleh PjM U Nik Muhaimin bin Nik Sazali.

Panglima Tentera Udara di dalam ucapan di perbarisan pada pagi ini telah menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada semua PjM U yang berjaya menamatkan latihan kerana mereka juga diperlukan untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membentuk angkatan udara yang unggul dan berwibawa di rantau ini. "Asas yang telah diperolehi ini sewajarnya menjadi dokongan dalam menempuhi pengalaman agar Visi dan Misi TUDM dapat direalisasikan" ujar Panglima Tentera Udara. Ianya selari dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara, dalam Teras Ketujuh, Budaya Kerja dan "Chief of Air Force Ground Rules" iaitu memperkukuhkan kerjasama berpasukan dengan membudayakan "positive mindset" di kalangan seluruh warga TUDM.

Beliau juga menzahirkan terima kasih kepada para jurulatih dan staf pusat latihan serta tidak terkecuali ibu bapa dan keluarga yang telah memberikan dorongan dan semangat kepada PjM U yang mengharungi latihan dengan jayanya. Meskipun tanpa kehadiran ibu bapa dan keluarga tercinta pada istiadat perbarisan kali ini berikutan kekangan pandemik COVID-19, para PjM U tetap memberikan komitmen penuh menjayakan momen bersejarah mereka pada hari ini.

Kesemua PjM U ini seterusnya akan ditempatkan di pasukan-pasukan yang telah ditetapkan dan mereka kemudiannya akan menghadiri kursus asas ketukangan bagi memantapkan pengetahuan mengikut ketukangan masing-masing.

Turut hadir ke istiadat perbarisan adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM serta beberapa Pegawai Kanan TUDM.