Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200805 WA0056IMG 20200805 WA0057IMG 20200805 WA0059IMG 20200805 WA0060IMG 20200805 WA0063IMG 20200805 WA0064IMG 20200805 WA0065IMG 20200805 WA0066IMG 20200805 232248

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2020 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah menghadiri Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf dan Pelancaran Al-Quran Corner Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2020, hari ini.

Majlis yang diadakan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan telah disempurnakan perasmiannya oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Program ini merupakan usaha sama di antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan ATM melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) ATM.

Objektif program ini adalah untuk memperkasakan dan mendekatkan warga ATM dengan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama seorang muslim terutamanya perwira dan perajurit negara. Ini dapat menyuburkan rasa kecintaan kepada Al-Quran sebagai sumber utama kekuatan spiritual atau 'Spiritual Combat Power' warga ATM. Pada masa yang sama, program ini membudayakan pembacaan Al-Quran di samping menyemarakkan perkongsian ilmu Al-Quran di kalangan warga ATM.

Al Quran Karya Bestari berjumlah 12,060 adalah sumbangan orang ramai melalui Wakaf Ummah yang inisiatifnya digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Iklhas. Sumbangan naskah Al-Quran bagi menjayakan Al-Quran Corner ini telah disampaikan oleh Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub yang juga merangkap Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.

Sebanyak 5 buah hospital ATM disasarkan dalam menjayakan program berkenaan iaitu Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 94 HAT di Kem Terendak, Melaka, 96 HAT di Pangkalan TLDM Lumut, HAT Wilayah Kota Kinabalu, Sabah dan HAT Tentera Darat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Turut hadir di majlis perasmian ini adalah Panglima-Panglima Perkhidmatan, Ketua Pengarah KAGAT, Ketua Pengarah BPK, wakil Pengurusan Kumpulan Karangkraf dan para Pegawai Kanan ATM.