Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200807 WA0081IMG 20200807 WA0092IMG 20200807 WA0083IMG 20200807 WA0091IMG 20200807 WA0087IMG 20200807 WA0082

BUTTERWORTH - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Sri Dato’ Norainy bt Shahar Alam telah membuat Lawatan Rasmi ke BAKAT Udara, Pangkalan Udara Butterworth yang diadakan serentak dengan Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara. Lawatan beliau turut disertai ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU) iaitu Datin Siti Haida bt Abu Bakar, Puan Dr. Halina bt Harun dan Puan Noraziah bt Abu Bakar. Lawatan rasmi ini diiringi oleh Puan Nilly Wahida bt Omar Sudi selaku Pengerusi BAKAT Udara, Pangkalan Udara Butterworth bersama Ketua-ketua Biro dan ahli BAKAT pangkalan.

Pengerusi JTBU dan deligasi telah diberikan taklimat aktivit BAKAT Udara PU Butterworth tahun 2020. Beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 12 orang penerima yang terdiri daripada ahli BAKAT yang mengidap sakit kronik dan anak-anak istimewa.

Selain itu, Pengerusi JTBU juga meluangkan masa bersama ahli-ahli BAKAT Udara dalam sesi dialog untuk berkongsi pendapat, mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu berkaitan di samping mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli BAKAT yang telah sedia terjalin.

Pengerusi JTBU serta delegasi turut dipersembahkan dengan hasil kraftangan serta hasil produk yang dibuat sendiri oleh ahli BAKAT pangkalan. Ternyata kreativiti dan hasil produk ahli BAKAT ini amat dikagumi dan perlu diketengahkan.

Pada hari kedua lawatan, Pengerusi JTBU serta deligasi telah dibawa melawat ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Pulau Pinang bagi meninjau usaha-usaha mengetengahkan hasil kraf negara.Beliau dan deligasi turut menyaksikan demo sulaman nyonya dan demo tenunan. Pengerusi JTBU turut mencuba bakat dengan aktiviti mewarna batik dan diberi penghormatan membuat simbolik mewarna logo BAKAT.