Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.26.15 1WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.26.14 1WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.26.15WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.22.18WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.24.39WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.26.14 1

PUTRAJAYA, 11 Ogos 20 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyampaikan ucaptama kepada peserta kursus (PK) Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 40/2020. Ucaptama ini adalah buat julung kalinya oleh beliau kepada seramai 40 orang peserta kursus di MPAT yang beroperasi di lokasi baharu di Pusat Pengajian Pertahanan Nasioanl (PUSPAHANAS), Putrajaya bermula bulan September 2019.

WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.23.35WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.25.28WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.26.15 2WhatsApp Image 2020 08 11 at 15.26.15

Kursus MPAT Siri 40/2020 turut dihadiri oleh tujuh (7) peserta kursus dari negara sahabat iaitu dari Amerika Syarikat, China, Arab Saudi, Indonesia, Singapura, Brunei dan Fiji.

Ucaptama dengan tajuk “The RMAF Strategy and Capability Development in the Present and Foreseeable Geostrategic Environment” antara lain menyentuh tentang strategi, pemacu keupayaan, pembangunan keupayaan serta visi beliau selaku pemerintah tertinggi TUDM. Selain menyampaikan ucaptama, Panglima Tentera Udara turut berkongsi pendapat dengan peserta kursus.

Pelaksanaan kursus kini dilaksanakan dengan mematuhi normal baharu penganjuran kursus ketika dunia mendepani cabaran COVID-19.