SUBANG, 11 Ogos 2020 – Mantan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Haji Dzulkarnain bin Haji Ahmad TUDM telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM di Pejabat Panglima Operasi Udara, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).
Dalam kesempatan itu, Lt Jen Dato’ Haji Dzulkarnain bin Haji Ahmad TUDM telah dibawa melawat ke Air Force Operation Center (AFOC) yang terletak di Pusat Operasi Tentera Udara, MPOU serta telah diberikan taklimat mengenai peranan, fungsi dan pengoperasian AFOC.