Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1a123

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2020 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2020 di Wisma Pertahanan hari ini.

5688a12

Dalam majlis ini, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM yang mewakili warga awam Kementerian Pertahanan serta ATM.

9

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob turut menyampaikan hadiah kepada Pemenang Pertandingan Mencipta Pelekat Kenderaan Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat Kementerian Pertahanan. Rekaan pelekat kenderaan yang dicipta oleh Sarjan U Sumardi bin Ismail dari Markas Tentera Udara telah dipilih sebagai pemenang menewaskan rekaan lain daripada 11 peserta yang diterima pihak urusetia pertandingan.