Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

KUANTAN - Perbarisan Penghargaan sempena persaraan Brig Jen Thamilanty A/L Periasamy TUDM telah berlangsung di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuantan pada 14 Ogos 2020.

Perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghargaan serta penghormatan TUDM kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

Di dalam upacara perbarisan ini, beliau yang memegang jawatan terakhir sebagai Ketua Staf, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara telah mengambil tabik hormat perbarisan yang terdiri daripada sembilan (9) pegawai dan 76 anggota lain-lain Pangkat.

Perbarisan diketuai oleh Mej Asrul Izham bin Mohd Jumadi TUDM dan diiringi Pancaragam Pusat di bawah pimpinan Lt Muhamad Haniff bin Che Razak TUDM.

Turut hadir di perbarisan penghargaan ini adalah Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM selaku Tred Master, Kawalan Lalu Lintas Udara (KLLU) dan Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Brig Jen Thamilanty A/L Periasamy TUDM di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada TUDM khususnya dan ATM amnya.