Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.56.40WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.56.31WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.56.19WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.56.32WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.25 2

IPOH, 27 Ogos 2020 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah membuat lawatan kerja ke Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh. Lawatan kerja ini turut disertai isteri beliau, Datin Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan ,merangkap Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara yang membuat lawatan kebajikan untuk BAKAT Udara ATU, Ipoh. Lawatan Kerja ke ATU turut disertai oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’Roshaimi bin Zakaria TUDM, AKS Tadbir, Brig jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM yang turut disertai oleh isteri yang merupakan Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara.

WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.25 1WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.12WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.08WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.28WhatsApp Image 2020 08 27 at 17.02.30

Ketibaan Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU) bersama deligasi telah disambut oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato Roshaimi bin Zakaria TUDM, Komandan, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM dan eksekutif ATU. TPTU serta delegasi terlebih dahulu melalui saringan pemeriksaan suhu badan (thermal scanner)sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan penularan Covid-19.

WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.15WhatsApp Image 2020 08 27 at 16.59.23WhatsApp Image 2020 08 27 at 17.00.51WhatsApp Image 2020 08 27 at 17.00.52

Lawatan Kerja TPTU bermula dengan sesi taklimat berkenaan ATU serta perkembangan semasa akademi. Beliau kemudiannya memulakan lawatan kerja dimulai dengan lawatan ke Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH), Dewan Cenderawasih dan Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM). Lawatan beliau bertujuan meninjau kemudahan-kemudahan semasa di ATU sebagai sebuah pusat latihan khususnya melatih para perajurit muda TUDM selain mengelolakan beberapa kursus kerjaya yang berkaitan. Lawatan beliau hari ini berakhir dengan lawatan kerja ke Rumah Keluarga Desa Sri Angkasa bagi melihat sendiri kemudahan rumah keluarga untuk keselesaan dan kebajikan warga ATU.