Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

IPOH, 27 Ogos 2020 – Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), Datin Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan berserta Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara iaitu Datin Rafidah binti Dahari, isteri kepada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Puan Aliza binti Abdullah, isteri kepada Asisten Ketua Staf Tadbir dan beberapa ahli BAKAT Udara telah membuat lawatan kebajikan ke BAKAT Udara Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh. Lawatan kebajikan oleh JTBU ini seiring dengan Lawatan Kerja oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM ke ATU.

456

Ketibaan Datin Bibi Nasratjahan dan Ahli JTBU di rumah BAKAT Udara ATU telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Udara ATU, Puan Mazilawati binti Musa serta ketua-ketua Biro, AJK dan ahli BAKAT Udara akademi. Beliau dan deligasi telah diberikan taklimat aktiviti BAKAT Udara ATU bagi tahun 2020 yang mencakupi aktiviti keagamaan, sosial dan sukan. Beliau dan delegasi turut dipersembahkan dengan pameran dan hasil gubahan kraftangan BAKAT Udara ATU.

789

Sesuai dengan objektif penubuhannya, lawatan kebajikan dan penyampaian sumbangan ke atas ahli BAKAT Udara termasuk anak-anak ahli BAKAT Udara yang sakit dan anak istimewa tetap menjadi keutamaan. Meskipun berhadapan dengan kesibukan tugas dan kerjaya, lawatan oleh JTBU ini disifatkan sebagai memberi suntikan dan dorongan semangat agar BAKAT Udara ATU kekal relevan dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.