Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

PUTRAJAYA, 28 Ogos 20 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri upacara graduasi Peserta Kursus (PK) Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 40/2020 di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya. Upacara graduasi telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan menjadi acara yang bersejarah kerana menjadi Kursus MPAT yang pertama di lokasi baharu.

56789

Kursus yang bermula pada bulan September 2019 ini melakar sejarah apabila 40 PK termasuk 7 PK dari negara sahabat iaitu dari Amerika Syarikat, China, Arab Saudi, Indonesia, Singapura, Brunei dan Fiji berjaya menamatkan kursus mereka. Daripada jumlah tersebut, 7 orang pegawai dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), manakala 17 orang pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM), 7 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), seorang pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan seorang Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN). Seramai 20 orang PK telah mendapat keputusan Lulus Dengan Cemerlang, 19 orang Lulus Dengan Kepujian dan seorang Lulus.

101112

Sebanyak tiga (3) anugerah telah disediakan untuk para PK yang cemerlang sepanjang kursus berlangsung. Lt Kol Chen Boon Jong TUDM (Juruterbang) merupakan salah seorang penerima anugerah berprestij tersebut dan telah menerima Anugerah Projek Penyelidikan Terbaik. Panglima Tentera Udara telah turut berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada beliau atas pencapaian terbaik beliau.

Untuk rekod, semenjak penubuhannya, iaitu dari tahun 1981 sehingga tahun 2020, seramai 1,403 graduan lulusan Maktab ini telah berjaya dilahirkan dengan 724 graduan TDM, 217 graduan TLDM, 262 graduan TUDM, 75 graduan PDRM, 2 graduan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malysia (APMM), 41 graduan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan 82 graduan dari PK Antarabangsa.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, ahli Lembaga Gabenor MPAT serta jemputan luar. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus serta barisan tenaga pengajar MPAT.