Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 02 at 13.40.04 1WhatsApp Image 2020 09 02 at 13.40.04WhatsApp Image 2020 09 02 at 13.40.05

KUALA LUMPUR, 2 Sep 2020 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada dua orang pegawai kanan TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.

Dalam majlis ini menyaksikan Mej Ramli bin Hj Endut TUDM dan Mej Mohd Salleh bin Wahab TUDM telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM.

Mej Ramli bin Hj Endut TUDM memegang jawatan sebagai PS 1 Teknologi Maklumat di MTU-KOMLEK manakala Mej Mohd Salleh bin Wahab TUDM pula memegang jawatan sebagai Pengarah Muzik di Cawang Muzik dan Kesenian.

Majlis ini turut disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada Lt Kol Ramli bin Hj Endut TUDM dan Lt Kol Mohd Salleh bin Wahab TUDM di atas kenaikan pangkat.