Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 01 at 17.42.04 1WhatsApp Image 2020 09 01 at 17.42.05 1WhatsApp Image 2020 09 01 at 17.42.06 

 

SUBANG, 1 Sept 2020 – Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) YBrs Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM. Kunjungan hormat ini telah diadakan di Pejabat Panglima Operasi Udara, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).

Dalam kesempatan itu, YBrs Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani telah dibawa melawat ke ‘Air Force Operation Center’ (AFOC) yang terletak di Pusat Operasi Tentera Udara, MPOU serta telah diberikan taklimat mengenai peranan, fungsi dan pengoperasian AFOC.