Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 07 at 12.41.45 1WhatsApp Image 2020 09 07 at 12.41.46 1WhatsApp Image 2020 09 07 at 12.41.45

KUANTAN, 7 Sep 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM merasmikan pembukaan Air Defense Simulation Exercise (ADSIMEX) Siri 3/2020 yang berlangsung di CRC 1, Pangkalan Udara Kuantan melalui sidang video yang dilaksanakan dari Air Force Operation Center (AFOC).

Turut hadir ke perasmian pembukaan eksesais ini adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM.

ADSIMEX yang bermula dari 7 Sep hingga 11 Sep 2020 ini merupakan sebagai eksesais tahunan tred Kawal & Lapor (K&L). Siri kali ini dijadikan platform fasa simulasi kepada lapan (8) orang penuntut Master Controller Operational Conversion Course (MCOCC) dan Weapon Assignment Operational Conversion Course (WAOCC) sebelum menghadapi fasa misi hidup pada Eksesais PARADISE yang mana akan dilaksanakan pada bulan Oktober 20 nanti.