Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 11 at 14.37.58WhatsApp Image 2020 09 11 at 14.38.01WhatsApp Image 2020 09 11 at 14.38.02

PULAU PINANG, 11 Sep 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas di Pulau Pinang, hari ini.

Turut mengiringi beliau pada kunjungan hormat ini adalah Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM.

Panglima Tentera Udara turut mempersembahkan cendera kenangan kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.