Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 09 14 at 09.40.55WhatsApp Image 2020 09 14 at 09.40.56 1WhatsApp Image 2020 09 14 at 09.40.57

KUALA LUMPUR, 14 Sep 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf (AKS) Kejuruteraan telah berlangsung di antara Mej Jen Dato’ Dr. Md Zaki bin Md Zain TUDM dengan Brig Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM, hari ini.

Acara serah terima tugas yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan TUDM.

Seluruh warga TUDM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mej Jen Dato’ Dr. Md Zaki bin Md Zain TUDM di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sehingga ke jawatan terakhir sebagai AKS Kejuruteraan. Ucapan tahniah juga kepada Brig Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM di atas pelantikan sebagai AKS Kejuruteraan yang baharu.