Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 5791DSC 5804DSC 5523DSC 5585DSC 5617DSC 5781DSC 5870DSC 5847 1DSC 5858

 

BUTTERWORTH, 18 Sep 20 - Pangkalan Udara Butterworth hari ini telah melaksanakan Perbarisan Persaraan Mej Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM bertempat di ASF Hangar.

Upacara perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan TUDM khusus kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khususnya selama 42 tahun.

Beliau mula berkhidmat di dalam perkhidmatan TUDM pada tanggal 16 Jan 1979 sebagai seorang juruterbang helikopter. Antara skuadron operasi yang pernah beliau berkhidmat adalah di No. 3 Skn dan No. 10 Skn. Selain itu, beliau juga turut diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan TUDM untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam TUDM antaranya Komandan Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Timbalan AKS Perancangan & Pembangunan, Markas Tentera Udara yang mana merupakan jawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan.

Ketibaan beliau pada pagi ini telah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. Seterusnya, Mej Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM telah menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mej Mohd Saifirudin bin Bahari TUDM diiringi Pancaragam Pusat dan Akademi Tentera Udara dibawah pimpinan Mej Mohamad Subri bin Mohamed Isa TUDM.

Di akhir acara, Mej Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM telah diraikan dalam acara "send off" menggunakan kenderaan istiadat diiringi oleh para pegawai dan anggota TUDM yang terlibat dalam perbarisan ini.

Turut hadir di Perbarisan Persaraan ini adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; AKS Operasi & Strategik, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM; KS MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez s/o S. Alexander TUDM; Mej Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM; Mej Jen Dato' Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM; pegawai-pegawai kanan TUDM, pegawai-pegawai dan anggota TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Mej Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM.