Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SELANGOR, 15 Sep 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah melaksanakan Sembah Mengadap ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi tadi.

Sembah Mengadap ini turut disertai bersama oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Selangor Darul Ehsan, Tengku Abdul Samad Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.

789

Panglima Tentera Udara turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Beliau turut dibawa melawat di ruangan istana yang turut mempamerkan koleksi-koleksi berkaitan Tentera Udara Diraja Malaysia.