Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

WhatsApp Image 2020 09 17 at 14.45.54WhatsApp Image 2020 09 17 at 14.45.55WhatsApp Image 2020 09 17 at 14.45.56

KUALA LUMPUR, 17 Sep 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah DGTA telah berlangsung di antara Brig Jen Samir bin Abas TUDM dengan Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM, hari ini.

Acara serah terima tugas yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan TUDM.

Brig Jen Samir bin Abas TUDM bertukar keluar ke MPBU dan akan memegang jawatan Ketua Staf Sistem.

Seluruh warga TUDM amnya dan warga DGTA khasnya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Samir bin Abas TUDM di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di DGTA. Ucapan tahniah juga kepada Kol Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah DGTA yang baharu.