Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

ARAU, 29 Sep 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah melaksanakan Sembah Mengadap kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis hari ini.

678910

Turut bersama DYMM Tuanku Raja Perlis ketika Sembah Mengadap oleh PTU ialah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Panglima Tentera Udara turut diiringi oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha yang juga membantu dari aspek bantuan logistik sepanjang program Sembah Mengadap tersebut.

Panglima Tentera Udara turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.