Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

BANTING, 8 OKT 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Jugra.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat serta mendapat maklumat terkini pelbagai aspek berkaitan operasi dan kesiagaan Pangkalan.

678910

Di awal lawatan, Panglima Operasi Udara telah diberikan taklimat daripada Pangkalan Udara Jugra mengenai transformasi Rejimen TUDM dan perkembangan pangkalan yang meliputi Markas Rejimen TUDM, Pangkalan Udara Jugra dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Selain itu, PASKAU turut mengadakan demostrasi MPR di Kolam Selam dan pameran senjata serta peralatan khas di Hangar Para.

1112131415

Panglima Operasi Udara kemudiannya melawat stor simpanan senjata, puncak Bukit Jugra dan juga lapang sasar High Intensity Targeting Shooting (HITS). Beliau turut berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama semua PTTK di Wisma Bintara sebelum mengakhiri lawatan dengan majlis makan tengahari di Wisma Perwira.