Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

121677479 3462678147153140 3928058145180328842 n121961038 3462678303819791 716274910733471366 n121531511 3462678520486436 2089690174086708327 n121282124 3462679020486386 4341115700588041953 n121375522 3462678907153064 839656912862703899 n121817889 3462679197153035 8965360127686858968 n

SUBANG, 16 Okt 2020 - Bertempat di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, hari ini telah berlangsung majlis menyambut kepulangan kumpulan kedua Malaysian Battalion (MALBATT) 850-7 dari Lubnan setelah setahun berkhidmat di bawah misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

Kumpulan kedua seramai 212 orang terdiri daripada 10 orang pegawai dan 195 orang anggota ATM serta 7 orang anggota anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-7, Lt Kol Johan Effendi bin Mohd Salleh telah selamat tiba pada jam 6.00 petang tadi di Pangkalan Udara Subang.

Ketibaan kumpulan kedua MALBATT 850-7 ini disambut oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM mewakili Panglima Angkatan Tentera. Turut bersama PAB menyambut kumpulan kedua ini ialah AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM; Timbalan KS Markas Pemerintahan Operasi Udara, Brig Jen Dato’ Othman bin Ahmad TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Haji Damawi TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM dan Penasihat Pertahanan Brunei, Lt Kol Abdul Rajid bin Hj Zainie.

PAB di dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 yang mana telah berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan efektif, efisien dan selamat sejak 24 September 2019 walaupun terdapat insiden letupan besar dan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang.

Akhir ucapan, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli keluarga MALBATT 850-7 di atas kesabaran, pengorbanan dan sokongan mereka dalam tempoh melalui 12 bulan yang lalu tanpa orang tersayang.

TUDM mengucapkan selamat kembali ke Malaysia setelah mencurahkan bakti di bumi Lubnan kepada MALBATT 850-7.