Kemaskini Terakhir: Sabtu,28 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

cpm1cpm2cpm3cpm4cpm5

SENDAYAN, 13 November 2020 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Men Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM buat julung kalinya telah mengadakan Lawatan Kerja beliau ke Unit Lodger di Pangkalan Udara Sendayan selepas mengambil alih jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara baru-baru ini. Beliau telah membuat lawatan di MTU-Cawangan Provos Marsyal, MTU-Perundangan dan Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU).

Ketibaan beliau di Cawangan Provos Marsyal (CPM) telah disambut oleh Provos Marsyal Udara, Lt Kol Mokhtar bin Abdul Rahman TUDM bersama Pegawai-pegawai CPM. PPLU telah dibawa ke Sel Narkotik dan Sel Forensik dan diberi taklimat mengenai peralatan-peralatan yang digunakan dalam siasatan. Selain itu, demonstrasi dan taklimat juga telah dijalankan menggunakan ujian poligraf.

undang1undang2undang3

Beliau dan deligasi kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke MTU-Cawangan Perundangan yang disambut oleh Pengarah Perundangan, Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM. Terdahulu beliau telah diberikan taklimat berkenaan organisasi dan peranan Cawangan Perundangan yang disampaikan oleh Pengarah Perundangan di Bilik Mesyuarat Cawangan Perundangan dan turut dibawa melawat ke dewan mahkamah di Kompleks Mahkamah TUDM.

pstu1pstu2pstu3

Seterusnya, PPLU bersama delegasi telah membuat lawatan kerja ke Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) yang disambut oleh Pengarah PSTU, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM. Lawatan kerja beliau ke MPSTU ini bertujuan bagi meninjau kemudahan latihan serta infrastruktur yang terdapat di Kompleks MPSTU disamping mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan dan fungsi serta keupayaan MPSTU.