Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SUBANG, 14 Sept 16 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Asas Pegawai Urusetia (KAPU) Siri 40/16 telah disempurnakan oleh Pemangku Asisten Ketua Staf Tadbir, Kol Dr Ismail bin Manuri TUDM di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP), Pangkalan Udara Subang. Kursus ini telah bermula pada 3 Mei 16 dan tamat pada 14 Sep 16 yang dihadiri seramai 24 pegawai.

Pemangku Asisten Ketua Staf Tadbir, mengingatkan kepada semua penuntut agar mempunyai semangat ingin bersaing dan semangat tersebut perlu wujud dalam diri setiap penuntut kerana ia merupakan kekuatan yang dapat menggerakkan tindakan yang proaktif dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik. Semangat ingin bersaing jugalah yang menjadi pemangkin kepada budaya berfikir dan muhasabah dalam membentuk generasi yang hebat serta unggul.

Selain dari itu, Pemangku Asisten Ketua Staf Tadbir juga mahukan penuntut supaya banyak berfikir dan melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pengamatan, pergaulan dan pengalaman selain sensitif dan peka dengan keperluan serta isu semasa yang berlaku di sekeliling. Perancangan yang dibuat juga perlu diatur dengan baik dan teliti supaya hasil yang akan diperolehi akhirnya nanti mampu membawa perubahan yang baik.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Pemangku Asisten Ketua Staf Tadbir menegaskan bahawa nilai-nilai integriti perlu wujud dalam setiap individu untuk memastikan setiap penghayatan tersebut dapat diserapkan ke dalam organisasi agar objektif dan destinasi yang diimpikan dapat dicapai.

Anugerah Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Lt Mohd Aizat Abdul Razzaq bin Mohamed TUDM. Tahniah diucapkan kepada semua penuntut, jurulatih dan staf yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.