Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ADY 0014ADY 0030

KUALA LUMPUR, 26 Sep 16 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penyelidikan Sumber Manusia di antara Kol Hj Ahmad Zulkifle bin Mohd Zain TUDM dengan Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM telah berlangsung di Markas Tentera Udara hari ini. Majlis telah disaksikan oleh AKS Sumber Manusia Mej Jen Dato’ Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM.

ADY 0036ADY 0048ADY 0063

Di majlis yang sama, AKS Sumber manusia turut menyempurnakan majlis pemakaian pangkat tujuh anggota bahagian Sumber Manusia. Antara yang dinaikkan pangkat adalah F/Sjn Muhamad Khairi bin Abu Bakar yang dinaikkan ke pangkat pemangku Pegawai Waran Dua. Seterusnya, LUK Mohammad Hafiz Maula bin Abd Halim, LUK Mohd Kamal Rahimi bin Arrif, LUK Mohd Zaini bin Rosli, LUK Muhammad Dzulfahmi bin Jaafar dan LUK Muhammad Nurhafiz bin Ali masing-masing dinaikkan ke pangkat pemangku Koperal Udara. Manakala LU I Muhammad Asyraf bin Yusri dinaikkan ke pangkat Laskar Udara Kanan.