Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUANTAN, 27 Okt 16 – PU Kuantan telah menganjurkan satu latihan menembak peringkat Pangkalan yang diadakan di Lapang Sasar TLDM Tanjung Gelang. Latihan menembak itu dijalankan secara berperingkat selama 2 hari mulai 26 dan 27 Okt 16 yang melibatkan kesemua lapisan anggota PU Kuantan.

Turut serta dalam latihan tersebut ialah Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan. Latihan menembak ini merupakan salah satu latihan ketenteraan yang telah direncanakan sepanjang tahun 2016. Latihan menembak ini bertujuan bagi meningkatkan tahap kemahiran mengendalikan senjata api bagi setiap warga Pangkalan.