Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1371215

 

ALOR SETAR, 24 Mar 17 – Perbarisan Bulanan PULATIBANG 1 telah diadakan di perkarangan PULATIBANG 1. Perbarisan ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anggota dan staf berada didalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi dan sentiasa berterampilan kemas sepertimana yang telah ditetapkan perkihdmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Pegawai Memerintah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih-jurulatih yang telah memberi sepenuh komitmen dalam melatih pelatih-pelatih kursus asas penerbangan siri 78 dan 79. Beliau menekan sikap dan permikiran positif perlu wujud didalam setiap pelatih didalam menjalani latihan. 

Di dalam Perbarisan tersebut juga diadakan upacara pemakaian pin dan sticker kepada pelatih yang mendapat High Average Basic Navigation Test (BNT) dan Final Navigation Test (FNT) serta pemakaian sticker Best BNT dan FNT. Penerima bagi High Average BNT adalah Lt Muhammad Nizar bin Zailan TUDM dan Lt Izzatikhmal Dzulhelmi bin Dzulkflee TUDM.

Seterusnya, bagi penerima Best FNT, ialah Lt Abdul Samad bin Daud TUDM dan Lt Muhammad Syazni bin Mohamad Shah TUDM, manakala penerima High Average FNT ialah Lt Eddi Nur Misuari bin Saari TUDM dan Lt Hafizul Asyraf bin Jeffry TUDM.