Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3947DSC 3994DSC 4017DSC 4073DSC 4190DSC 4197

GONG KEDAK, 28 Mac 17 – Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak yang turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai dan Anggota Pangkalan Udara Gong Kedak.

Seramai 34 anggota lain-lain pangkat telah dinaikkan pangkat antaranya 04 anggota dinaikkan ke Pemangku Pegawai Waran Udara Satu, 03 anggota dinaikkan Pemangku Pegawai Waran Udara Dua, 13 anggota dinaikkan Pemangku Koperal Udara dan 14 anggota dinaikkan Laskar Udara Kanan.

Komander Pangkalan mengucapkan tahniah dan memberi nasihat dan perangsang agar semua anggota yang telah dinaikkan pangkat terus meningkatkan prestasi kerja selaras dengan pangkat yang diperolehi. Selepas perbarisan tersebut, Skuadron Provos Pangkalan telah menjalankan Urine Test kepada warga pangkalan.