Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

KUCHING, 29 Mac 17 – PU Kuching telah melaksanakan Latihan On-Base Pre-Accident Plan (PAP) yang melibatkan simulasi sebuah pesawat CN235-200 yang berlepas dari Sibu untuk training sortie mengalami kecemasan lost power on one engine di hadapan Hangar No 1 Skuadron.

Mangsa kemalangan melibatkan empat anggota mengalami kecerderaan kritikal, empat lagi separa kritikal dan lima cedera ringan. Latihan ini dijalankan dengan penglibatan dan kerjasama daripada agensi luar seperti Airport Fire & Rescue Service (AFRS), DCA, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Hospital Umum Sarawak (HUS).

Latihan PAP yang dikelolakan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Rahimah bt Taib TUDM ini bertujuan memantau dan memperbaiki kelemahan serta permasalahan yang timbul sekiranya berlaku kemalangan pesawat di dalam pangkalan agar dapat dibuat penambahbaikan terhadap kesiagaan pangkalanserta pihak yang terlibat pada masa akan datang.