Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170414 WA0013IMG 20170414 WA0015IMG 20170414 WA0020IMG 20170414 WA0023IMG 20170414 WA0025IMG 20170414 WA0033

KUCHING, 11 Apr 17 – Panglima Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM telah melakukan lawatan dan pemeriksaan ke Pangkalan Udara Kuching mulai 10 hingga 14 Apr 17. Ketibaan YBhg Panglima serta rombongan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Yee Yit Hong TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.

Lawatan dan pemeriksaan oleh YBhg Panglima ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kesiapsiagaan pangkalan sentiasa berada dalam keadaan baik. Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberi taklimat dan melawat ke skuadron dan cawang serta meninjau keadaan keseluruhan kawasan pangkalan.