Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 7899 minIMG 7946 minIMG 7962 min

BUKIT KUBONG, 11 Apr 17 – Pegawai Memerintah Skn 340 TUDM Bukit Kubong, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM telah menyempurnakan penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tiga anggota LLP dan penyerahan cenderahati kepada anggota Tentera Darat yang bertukar keluar semasa Perbarisan Pegawai Memerintah Skn 340 bertempat di padang kawad MAWILUD 2.

Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan warga skn agar menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan kerana kedua-duanya merupakan elemen penting dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Beliau juga memberi peringatan agar semua warga skn sentiasa menjaga keselamatan terutamanya keselamatan pangkalan, keselamatan diri dan keluarga serta keselamatan dokumen dan maklumat.

Perbarisan terdiri daripada 34 anggota lain-lain pangkat dan dua orang pegawai. Perbarisan tersebut diketuai oleh Mej Addy Zulkarnain bin Tumari TUDM, Ajutan Perbarisan ialah Lt Mohd Helman bin Zakariah TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Mohd Paisal bin Ramli. Perbarisan ini telah berjalan dengan lancar.