Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0303DSC 0168DSC 0155DSC 0177DSC 0204DSC 0295DSC 0315DSC 0262DSC 0181DSC 0203DSC 0216DSC 0339

BANG, 15 Jul 17 – Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Keluarga PU Subang 2017 yang berlangsung di Dewan Ababil PU Subang. Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM, Pegawai-pegawai, Anggota Lain-lain Pangkat serta keluarga telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis diserikan dengan pelbagai acara sukaneka, cabutan bertuah, sumbangan duit raya dan majlis jamuan makan yang telah diadakan pada dua sesi iaitu sesi pertama mulai jam 3.00 hingga 6.30 petang dan sesi kedua pada 8.00 hingga 11.50 malam. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Kombo Seni Udara yang diketuai oleh Kapt Rahman TUDM.

Antara tarikan serta permainan yang terdapat dalam acara hari keluarga ini adalah menganyam ketupat bawang, pemakaian tudung shawl kepada patung, makan paling pantas, pemakaian aksesori uniform, pemakaian sampin kreatif, teka nama-nama kuih raya. Manakala bagi acara kanak-kanak adalah persembahan silap mata & badut, free ride train, pony rides, giant castle, e-scooter dan bermacam-macam lagi. Majlis tersebut telah diakhiri dengan pertunjukan bunga api selama 15 minit.

Seluruh Warga Pangkalan Udara Subang Mengucapkan, “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.”