Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0026 1DSC 0039DSC 0086DSC 0114DSC 0152DSC 0154

BANTING, 24 JUL 2017 – Rejimen TUDM Jugra telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tengah 2017M/1438M bertempat di Dewan Makan Wisma Ahli Udara Rejimen.

Majlis ini bertujuan untuk memilih wakil di peringkat Zon Tengah bagi kategori Pegawai, Qari dan Qariah ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat TUDM yang akan diadakan pada 25 Jul 2017. Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tengah 2017 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM.

Dalam pertandingan ini, Johan Kategori Pegawai dimenangi oleh Lt Muhamad Iqram bin Mohd Redzuan TUDM dari Pangkalan Udara Subang. Manakala, Johan bagi Kategori Qari LLP dimenangi oleh Kpl U Ghazali bin Zakaria dari Markas Tentera Udara. Johan Kategori Qariah pula dimenangi oleh Puan Saliza binti Ali dari Rejimen TUDM. Tahniah diucapkan kepada pemenang.