Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5438DSC 5448DSC 5458DSC 5465DSC 5468DSC 5478DSC 5484DSC 7689DSC 7715DSC 7725DSC 7853

GONG KEDAK, 26 Jul 17 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan telah dihadiri seramai 51 Pegawai, 362 anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam yang diketuai oleh Mej Wan Mohd Azraeil bin Wan Jamaluddin TUDM.

Dalam perbarisan tersebut, Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian kepada anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada dua orang Flait Sarjan ke Pemangku Pegawai Waran Udara Dua, seorang Sarjan Udara ke Pemangku Flait Sarjan, empat orang Koperal Udara ke Pemangku Sarjan Udara dan tujuh orang Laskar Udara Kanan ke Pemangku Koperal Udara.

Komander Pangkalan mengucapkan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga ianya dapat memberi semangat dan keyakinan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan.

Beliau juga menekankan empat perkara iaitu pematuhan kepada perintah dan arahan semasa, meningkatkan keceriaan hidup di pangkalan, menentukan bagaimana pengekalan tahap kesiagaan dan penghayatan warga pangkalan kepada back to basic. Beliau juga memberi penekanan dan peringatan kepada warga pangkalan terhadap empat perkara Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu Kesiagaan, Budaya Senggaraan yang Efektif, Semarak Pembangunan Modal Insan, Pemindahan Teknologi, Budaya Pengurusan Cemerlang dan Kebajikan Warga.