Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2541

NEGERI SEMBILAN - Allahyarham LU II Mohd Nur Hakim bin Mohd Noh telah selamat dikebumikan pada jam 3.30 petang semalam. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 279.7 Lebuhraya PLUS arah utara.

Warga Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) amat bersedih atas pemergian anggota yang berwibawa seperti Allahyarham. Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Ketua Staf MAWILUD 1, YBhg Brig Jen Dato Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM juga turut menziarahi keluarga arwah.

Al fatihah.