Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1478DSC 1521DSC 1563DSC 1621DSC 1649DSC 1669DSC 1688

KUANTAN, 16 Ogos 17 – Lawatan Pelatih PLKN kawasan Negeri Pahang kumpulan 2 siri 14 tahun 2017 telah diadakan di Pangkalan Udara Kuantan. Antara kem PLKN yang terlibat adalah Kem PLKN Semarak dan Kem PLKN Arena Resort. Kumpulan lawatan tersebut disambut oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Dalam lawatan tersebut Komander pangkalan turut memberi sedikit taklimat ringkas mengenai Pengoperasian Pangkalan Udara Kuantan kepada mereka.

Tujuan lawatan ini adalah bagi menambah ilmu pengetahuan kepada pelatih mengenai institusi pertahanan Negara, mempertingkatkan semangat patriotism dalam diri serta cintakan Negara. Satu sesi penyampaian cenderahati turut diadakan semasa lawatan sebagai tanda penghargaan. Di akhir lawatan pelatih Kem PLKN Semarak telah membuat satu pertunjukkan Hakka.