Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image2image3image4image6image1 1

LABUAN , 5 Sep 17 - Panglima Markas Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato' Hj Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM telah hadir bersama seluruh warga PU Labuan, staf awam tadbir dan Eksekutif Pangkalan berkumpul di hadapan perkarangan Pergerakan Udara bagi menyaksikan Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Labuan, di antara YBhg Brig Jen Zulkifli bin Hamid TUDM dan YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM.

Mantan Komander PU Labuan mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada seluruh warga PU Labuan selama beliau memerintah PU Labuan dan seterusnya Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Mohamad Zulhilmi bin Hj Ahmad TUDM mewakili seluruh warga PU Labuan telah menyampaikan cenderahati sebagai kenangan kepada YBhg mantan Komander Pangkalan.