Kemaskini Terakhir: Sabtu,18 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12344678

SUBANG, 6 Sep 17 - Pusat Kawalan Lalulintas Udara Bersama TUDM (PUKALUB Subang) telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah dan upacara pemakaian pangkat anggota lain-lain pangkat di perkarangan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (JPAM), Subang.

Perbarisan terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 5 orang pegawai yang diketuai oleh Kapt Mohd Irman bin Othman TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Nor Ismadi bin Sharifuddin.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah PUKALUB Subang, YBhg Lt Kol Mohamad Zain bin Daud TUDM, beliau menegaskan berkenaan disiplin dan tingkah laku pegawai dan juga anggota supaya sentiasa menunjukkan mutu kerja yang bertaraf profesional dalam menjaga imej sebagai seorang anggota TUDM yang sentiasa berada di tahap yang maksima. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga PUKALUB Subang supaya sentiasa berpegang teguh kepada Core Values perkhidmatan agar dapat menunjukkan keterampilan dan nilai-nilai moral ketenteraan yang tinggi.

Di dalam perbarisan tersebut, turut diadakan upacara pemakaian pangkat kepada tiga anggota lain-lain pangkat, iaitu Kpl U Zulkifli bin Hamdan dinaikkan ke pangkat Pangkuan Sjn U, LUK Rahafizul bin Che Hie dinaikkan ke pangkat Pangkuan Kpl U dan LU I Ismahafiz bin Ismail dinaikkan ke pangkat Laskar Udara Kanan.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat.