Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0088DSC 0123DSC 0155

 

INSMAT, 14 Sept 17 – Institut Latihan Pengurusan Materiel TUDM Kinrara telah menganjurkan satu Program AKS Materiel Talk bertajuk Managing People in Materiel Perspective yang disampaikan oleh YBhg Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus Bin Masjuki TUDM, Asisten Ketua Staf Materiel. Program ini bertujuan memberi motivasi kepada pegawai, jurulatih, staf dan pelatih-pelatih kursus di institut latihan ini. Program turut disertai oleh beberapa pegawai kanan jemputan dari ketukangan Materiel.
Intipati dari program tersebut, beliau telah mencetuskan inspirasi dari sudut prospektif melibatkan Materiel di dalam pembentukan sahsiah dan jati diri sebagai seorang pegawai dan anggota Materiel untuk menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan trampil berlandaskan sifat-sifat dan nilai-nilai positif.
Beliau juga mengingatkan setiap anggota Materiel perlulah sentiasa menekankan dan menghayati sikap peribadi yang mulia iaitu mementingkan ilmu pengetahuan (Knowledge), memantapkan kemahiran (Skill), memperbetulkan sikap ( Attitude ) dan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan (Royalty) .