Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5860DSC 5949DSC 5977DSC 6037DSC 6049DSC 6068

 

GONG KEDAK, 15 Sept 17 - Bertempat di Dewan Sebaguna Pangkalan Udara Gong Kedak telah berlangsung Program Dialog Transformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) sebagai inisiatif mendapatkan aspirasi warga dalam mendokong Program Tansformasi Nasional 2050 Pertahanan Negara. Program ini melibatkan 35 Pegawai dan 365 anggota Lain-Lain Pangkat.

Program TN50D peringkat Pangkalan telah dimulakan dengan sesi pengenalan program TN50D yang disampaikan oleh Moderator iaitu Pegawai Memerintah No 11 Skuadron, YBhg Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee@Rofie TUDM. Program diteruskan dengan sesi dialog bersama Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM bertujuan memberi pendedahan kepada warga pangkalan berkenaan 5 Nilai Teras TN50D yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan.

TN50D merupakan satu usaha untuk membangun hala tuju pertahanan melalui cara pengumpulan aspirasi warga ATM yang dikumpulkan daripada semua peringkat dan di angkat ke peringkat atasan, TN50D menyasarkan sasaran jangka panjang dan dilakukan secara progresif berterusan yang akan ditandai dengan pencapaian interim. TN50D berpandukan kepada 5 Teras Hala Tuju Mindef yang diperkenalkan oleh Menteri Pertahanan iaitu:

1. Teras Kesiapsiagaan.
Kesiagaan dan keupayaan aset dan operasi ATM serta transformasi dan halatuju TDM,TLDM dan TUDM.

2. Teras Keselamatan.
Kedaulatan Negara melalui fokus kepada keselamatan zon maritim, Wilayah Timur Sabah dan persempadanan daratan, keselamatan siber serta menangani ancaman keganasan.

3. Teras Kebajikan.
Kebajikan warga, anggota tentera dan keluarga, para veteran dan bekas-bekas pejuang Negara melalui perumahan, pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan hidup.

4. Teras Diplomasi Pertahanan.
Pengukuhan hubungan dan diplomasi pertahanan dengan Negara-negara serantau dan kuasa besar dunia melalui kerjasama strategic, pengaruh kepemimpinan Negara, keyakinan rakyat dan penganjuran LIMA’17, pemeteraian Trilateral Cooperative Arrangement dan pewujudan High Level Committee.

5. Teras PKLN 2.0
Perlaksaan PKLN 2.0, mengukuhkan fungsi Briged Sukarelawan Negara, mengoptimumkan Kem PKLN dan ‘ society engagement ‘.

Secara tidak langsung penerangan berkaitan aspirasi yang merupakan matlamat utama dicungkil dalam kalangan warga ATM menjadi pokok utama program diadakan. Jelas terlihat keterujaan warga pangkalan dalam menyenaraikan setiap aspirasi TN50D dalam menentukan hala tuju supaya dicapai. Adalah diharapkan program seumpama ini berupaya memberi pendedahan dan diteruskan buat warga ATM seiring dengan usaha memastikan TN50D mencapai hala tuju yang ditetapkan.